Tajaan Taftir Ramadan 2024

Assalamualaikum,

Bersempena Bulan Ramadan Al Mubarak 1445 Hijrah yang bakal tiba, Yayasan Universiti Multimedia (YUM) dengan kerjasama Sekretariat Rakan Muda (SRM) MMU Cyberjaya akan membuka peluang kepada semua untuk sama-sama menghidupkan lagi kemeriahan Bulan Ramadan melalui tajaan Bubur Lambuk unntuk diedarkan kepada komuniti.

Semoga Ibadah Bulan Ramadan kita kali ini menjadi lebih bermakna melalui sumbangan menu Bubur Lambuk sebagai juadah berbuka puasa kepada mereka yang berpuasa.

Sebahagian daripada sumbangan ini juga akan disalurkan kepada Dana Pendidikan MMU di bawah kelolaan YUM untuk membantu pelajar-pelajar yang memerlukan bagi meneruskan pengajian mereka.

Sabda Nabi S.A.W,
Barang siapa yang memberi makan (Taftir) kepada orang yang berpuasa, maka baginya juga pahala yang sama seumpama pahala orang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikit pun”. Al Hadis